Sunday, November 24, 2013

Little thought.

With Jima Baby :)

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak menulis, terasa rindu juga.
Hari ni seharian di rumah tidak berbuat apa hanya baring kerana demam yang melanda.
Semoga kesakitan ini membuang dosa-dosa kecil diriku yang banyak bermasalah ini.

Kehidupan seharian masih seperti biasa.
Masalah datang tak kira masa, tak kira waktu, tak kira ketika.
Hanya mampu bertahan untuk kesekian kalinya.

Biasalah hidup bukannya boleh lari dari masalah.
Kalau tak ada masalah, mungkin Allah sudah lupakan kita.
Dia berikan masalah sebab dia tahu kita sudah semakin jauh dariNya.
Semoga aku dapat harungi segala yang dihadapkan kepadaku.

Seperti biasa juga, semester akhir adalah yang paling mencabar.
Kerja bertimbun tapi hati dan perasaan malas menguasai.
Hanya mampu buat sedikit sebelum melencong ke arah movie.
Wahai perasaan, tetapkanlah hala tujumu.

Terima kasih kerana sudi menjadi tempat meluah perasaan.
Jumpa lagi :)

Tuesday, May 14, 2013

D-3

Assalamualaikum.

Lagi 3 hari maka akan bertemulah kita dengan lagenda.

What's time is it?

Its the return of the king!

Buka buku baru.

Assalamualaikum.

Buka buku baru. Blog lama ditinggalkan sama seperti memori yang lepas. Biarkan semuanya menjadi kenangan pahit manis. Semoga pembukaan blog baru ini akan memberi makna lebih kepada saya yang ingin menjadi seorang yang lebih matang.

Degree, Final Year.

Setahun lagi maka tamatlah sesi pembelajaran saya. Diploma sudah, menunggu ijazah pula digenggam. Semoga berakhir dengan cemerlang setahun lagi. Hidup terasa bersendirian. Kawan ramai tapi jiwa kosong. Bila keluar bersosial, masih belum mampu untuk bergembira. Macam terlekat sesuatu, macam ada yang tak kena. Mungkin boleh kita muhasabah balik apa yang telah atau belum kita lakukan untuk menjadi insan yang diredhai Allah.

Hidup makin hanyut. Suasana sekeliling mengabaikan. Dunia gadget semakin maju maka semakin laju kita hilang arah. Kita perlu kembali ke pangkal jalan, siapa yang dikejar dan siapa yang mengejar. Kita atau teknologi?

DiriMu semakin hari semakin kurang diingati, tuntutanMu masih liat untuk dilakukan, Ya Maha Pelindung, lindungi diriku dari terus hanyut. Semoga keadaan diri yang jauh dari penglihatan mama dan abah ni tidak terus lalai mengejar dunia semata.