Thursday, September 11, 2014

Kawan

Assalamualaikum

Malam ni terasa nak taip blog sikit. Sebabnya malas nak tido lagi. Insomnia ni biasa lah bagi diri ni. Tadi petang dah telan nescafe 2 tin terasa diri ini segar. Hehe lama tak minum nescafe.

Sehari dua ni rasa rindu pulak zaman belajar dulu. Ah macam dah berzaman habis belajar. Tak sampai setahun pun lagi. Kerja pun takde. Menambah berat badan je kat rumah. Dah cari tapi mungkin takde rezeki Hasmiera lagi nak bekerjaya. Sabar sabar.

Malam ni nak cakap pasal kawan. Aku ada seorang kawan yang sangat aku sayang. Sangat baik dengan aku. Kami sentiasa bersama. Kat tempat baru aku start hidup baru. Mencari kawan baru untuk berkongsi suka dan duka.

Dan memang aku berkongsi segalanya. Aku anggap dia kawan baik. Tak pernah berkira sikit pun. Ke hulu ke hilir bersama. Dia mintak tolong aku tolong.

Tapi sedih. Hakikatnya aku seorang je anggap dia kawan baik. Rupa-rupanya dia tak seperti yang ku harapkan. Dia ada disisi aku setiap masa. Kenapa aku tak perasan semua itu?

Dan hakikat yang paling perit sekali adalah aku tahu berkenaan hal ini hampir setahun kemudiannya.

Ya Allah, sedih tak terduga. Terdiam aku. Kawan paling rapat boleh buat macam tu kat belakang. Kalau kawan yang lain lagi la tak pedulikan aku.

Memang aku takkan lupakan dia. Maaf boleh, lupa tak akan.

Ada si gadis cantik berkata. 

"Takpe lah. Ingat segala kebaikan dia. Nanti kuranglah marah tu. Biarlah dia buat macam-macam kat kita. Asalkan kita jangan jadi macam dia. Nanti kita pun setaraf dia. Sabar lah."

Terima kasih. Kata-kata dari seorang sahabat. InsyaAllah, persahabatan itu kekal. Hanya beberapa orang sahaja di hati sekarang. Yang lain, pergilah!

K bye!


Sunday, September 7, 2014

It is when she was born 24 years ago.






Assalamualaikum.

Happy birthday bestfriend. Hadiah tak sempat post sebabnya sibuk uruskan anak kecil. Haha. Wish I could be with you on your special day but oh well. Me here and you so far. 6 hours ride to meet you.

6 tahun lepas kita tegur tanpa tahu nama masing-masing tapi dah terus tengok movie sampai pagi. Oh zaman jahiliah dulu kala. Hahaha.

Harap-harap 10 tahun lagi. 20 tahun lagi kita masih buat perkara ikut kepala, lepak sampai pagi, drive tanpa arah tujuan, tengok midnight movie, lepak depan pavi pagi-pagi lepas tu high sebab minum nescafe ais. Hahaha.

Orang kata kita kena jumpa ramai orang dulu. Sengsara dulu baru jumpa kebenaran. Betullah. Ramai yang datang dan ramai yang dah pergi dilupuskan dari otak terus. Tapi tu lah kan. Kita sakit merana dulu baru jumpa yang betul melekat di jiwa.

Tapi kau, hari pertama jumpa sampai sekarang terus melekat. Harap terus sampai bila-bila. I can't handle betrayal anymore. Cukuplah apa yang dah lepas tu. A phase I'm trying to forgive but will never forget.

Ucapan sikit. Happy Birthday. Semoga sentiasa jadi anak yang baik untuk ibu dan ayah. Teruskan hidup walaupun banyak dugaan yang mencabar perasaan. Rasa nak kerat 18 je orang tu. Dalam kepala dah nampak merah. Tapi tu la kehidupan. Takde masalah boring pulak asyik mengadap The House Bunny je. Haha.

Ok, nanti esok lusa aku pos la hadiah kau.

Babai. I love you baby :)