Wednesday, November 19, 2014

Last day with bare teeth :)

Assalamualaikum.

Malam ni dah nak pakai braces. Takut tapi excited. Haha. Maka hari ni adalah hari terakhir tanpa braces untuk 2 tahun akan datang. Nanti umur 26 gigi dah cantik. Dah boleh kawin hehe :)

Haha memang azam taknak kawin selagi tak puas hati dgn diri sendiri. Sebab takde yang bekenan sebab diri tak ada kelebihan. 

Jadi lepas braces, proces turunkan berat badan. Mengikut kajian, bila pakai braces ni susah nak makan so dalam masa yang sama boleh kurus. :)

Proces kecantikan seterusnya pulak untuk melicinkan dan memutihkan kulit. Mencari suppliment.

Ok itu aje nak membebel hari sementara nak balik ke kedai balik. Life sucks, I know. That's life. 

Regards,
Hasmiera


Nampak tak taring tu? It will be gone, InsyaAllah :)

Monday, November 17, 2014

Rindu..


Unlucky day.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi hujan lebat sangat tak berhenti langsung. Seronok je selimut. Taknak pergi kerja. Hukhuk.

Sampai tempat kerja dah lambat. Tapi tak apa. Bukan ada orang pun. Saya sorang aje kat sini. Hukhuk.

Lepas tu customer datang. Hmm complain kenapa namecard dia tulisan kecik? Dah memang design dia macam tu. Nak buat macam mana. Dia yang bagi macam tu, saya print aje lah. Lepas tu membebel 'Saya pun boleh buat kalau macam ni'. Hek Encik. Kan tak nak bayar upah designkan, terima aje lah. Dia ingat upah design tu macam mana? Asal bagi aje kat Words file tu dah kira design sendiri? Lepas tu suruh buat amendment pulak? Itu dah dikira saya yang design tu. PELIK.

Arghh serabut otak. Saya nak berhenti jugak. Tak kira! Bos ni sedap aje bercuti kat rumah. Dia memang lepas 100% dah. Tak peduli kedai pun. Tension betul. Saya tak kira dah. Mama marah pun saya nak berhenti jugak. Pening. Stress. Nak berniaga sendiri. Suka hati nak buat apa. Tak ada orang nak complain.

Sekian, terima kasih.

Saturday, November 8, 2014

Jobless no more.

BUT! It is also mean that I have no more life. 

Assalamualaikum.

Saya mengalami tekanan emosi yang teruk sejak bekerja. Mana taknya, pagi pukul 10 pergi kerja. Balik dah nak dekat maghrib pukul 630 petang. Sampai rumah je dah malam.

Sampai rumah terus mandi. Lepas mandi segala baru rehat. Lepas tu online sebabnya saya tak boleh kalau tak online dalam sehari tu. Banyak urusan jual beli yang kena settlekan.

Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit untuk buat braces aje. Done deposit payment, saya akan resign. Sebabnya tempat kerja yang super boring tu menyebabkan saya lemah longlai.

Rasa malas sangat nak pergi kerja. Tak semangat langsung. Ni pun bertahan sebab saya bawak laptop. Kalau tak, takde mende la nak mengadap selain dari kerja-kerja kat situ.

Maafkan saya sebab membebel kat sini. Tapi ini saje tempat saya nak meluahkan perasaan.

Babai. Kepada readers saya di blog sebelah, saya dah update chapter baru. Harap enjoy. 

Gigi takde kena cabut 4 batang. Sedih. 😢😢