Sunday, September 20, 2015

Masters

Assalamualaikum.

Akhirnya, setelah lama menganggur dan kerja on off, saya mengambil keputusan untuk sambung masters. 

Keputusan ni tiba-tiba aje. Daripada tak buat apa kat rumah, lebih baik sambung belajar. Mama pun sokong. Penat agaknya tengok anak dia duk tido makan aje hahaha.

Masih lagi UiTM di hatiku. Dari diploma sampai ke master pun masih pilih UiTM. Diharap dapat sambung Phd ke oversea pulak. Jealous tengok kawan ke oversea.

Kehidupan agak lengang. Sebab kelas hanya 4 hari seminggu. 1 kelas sehari. InsyaAllah nanti boleh update blg ni dengan perjalanan hidup saya dan juga update novel yang tergendala sekian lama. Maafkan saya wahai readers semua. 

Ok bye. 

Tuesday, April 21, 2015

Trip Ke Ho Chi Minh, Vietnam DAY 1

Assalamualaikum.

Baru nak update trip hari tu ke Vietnam. Kami pergi 20th Mac dan balik 23th Mac. Tiket dah beli bulan Nov 2014 lagi. Bila check tiket murah, terus bayar. My friend using her credit card so senang lah bayar semua sekali untuk 4 orang.

Lepas tu ayah kawan saya pun nak ikut, so beli tiket terus jugak. Jadi semua rombongan seramai 8 orang. :D

Bertolak dari KB Airport pukul 8 pagi flight. Haha saya lambat sampai sebab bajet lari. Pagi tu jugak mama nak listkan barang dia nak kirim. Bila sampai airport, kawan semua dah masuk sebab dah lewat. Beratur pun panjang, boarding pass pulak dengan kawan. Nasib baik fast thinking, dia tinggalkan kat mak dia yang tunggu saya kat boarding gate. Sorry my friend haha :D

Dah sampai KLIA2 pusing-pusing dulu. Makan-makan dulu. Sementara tunggu kawan lagi sorang yang masih lagi bekerja. *sigh

Sebelum berlepas.


Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa selama 1jam 30minit. Tapi disebabkan waktu kat Ho Chi Minh lewat 1jam jadinya kami sampai lepas setengah aje.




Sampai petang, airport SGN lengang. Kami yang last keluar. Haha. Sampai sana, taxi dah sedia menunggu sebab dah booking awal untuk ke hotel. Kat sini, jalan raya MasyaAllah. Sangat sibuk ye. Motorsikal penuh kat jalan raya. Cara diorang drive memang menakutkan tapi Alhamdulillah sebab tak ada kemalangan langsung.

Keluar simpang tanpa break terus jalan je. Diorang ni jugak memang pantang kereta stop. Terus signal nak potong. Ish ish. Kalau lah Malaysia macam ni, entah apa perasaan. Sama jugak kalau nak lintas jalan. Menurut kata tourguide kami, Loh. Kalau nak lintas jalan, teruskan je. Tengok kiri kanan dan terus lintas. Sebab motor kereta semua tu akan break. Tapi tahan telinga la sikit sebab diorang memang hon kat jari. Haha. Ping ping ping je.






Selesaikan urusan kat lobi hotel. Tak sabar nak baring kat bilik. Tapi tak sabar jugak nak pegi jalan kat pasar depan ni. Hotel ni berhadapan dengan pasar malam ye. Ada banyak hotel sekeliling Kg Malaysia ni. Murah aje semuanya. Tapi ada jugak yang highclass. Tapi masih kemampuan lah. Sebab Vietnam Dong murah dari Malaysia Ringgit. Tapi masa kami pegi haritu, duit Malaysia turun dengan jayanya. So tak murah sangatlah rasanya.

Dari tingkap hotel. Spoil pokok tu. Kalau tak, dah nampak pasar.

Dalam bilik untuk 4 orang. Tak boleh lebih 4 ye. Nanti kena bayar lebih. Ni sebelum mencampakkan diri di atas katil.

Lepas mandi, rehat kejap. Terus turun bawah mencari makanan. Jangan risau korang. Semua restoran kat sini Halal ye. Boleh pilih nak pegi mana. Recommended Basiroh. Murah dan sedap. Kampung Melayu mahal sikit. Ok kalau pegi sini, tak sah kalau tak try Kopi Halal Vietnam. Saya akan beli setiap kali keluar hotel nak shopping dan masa nak balik hotel lepas dah penat shopping. Sangat sedap ye. Penggemar kopi tegar macam saya ni memang sangat excited haha. Kalau boleh nak beli terus 2 gelas. 1 nak minum terus. 1 lagi minum kat bilik. Harga RM3 segelas plastik tu.

Oh ya. Lupa pulak. Korang boleh gunakan duit Malaysia kat ni. Tanya aje penjual tu. Suruh convert terus ke Ringgit. Kalau tak percaya kat dia, boleh convert sendiri pakai Apps kat handphone. Jangan risau jugak. Kat sini wifi senang. Kat mana-mana pun ada wifi. Tu cara nak berhubung lah dengan kawan-kawan. Kot kot sesat dan tertinggal ke belakang sebab duk ralit belek kain kan. Boleh whatsapp. Haha.

Suasana malam kat luar hotel.

Sekejap je jalan-jalan pada hari pertama. Sebab dah sampai petang, so kejap je dah malam. Sempat jugak beli tudung instant ala Nealofar Hijab tu.

K bye.

Sunday, April 19, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Perasaan sebak kian terasa. Sekarang berada di KLIA2, menghantar my baby nak balik Sarawak.

Saya harap masa ada banyak lagi untuk kami bersama. Rasa macam sekejap aje jumpa dah nak balik. Padahal dah seminggu.

Aihh kenapa cepat sangat masa berlalu. Rasa nak terbang bersama. Tak tahu bila lagi akan berjumpa macam ni. Setahun sekali agaknya.

Semoga plan nak ke Sabah hujung tahun ni berjaya. Kalau tak, mesti sedih.

Pesanan untuk baby Jima.

Semoga gembira sentiasa. Jangan lupakan kami disini. Jangan bagi hubungan kita ni slow down. Tak nak diam-diam aje ye. Mesti contact selalu.

Ok itu aje.

K bye!



Sunday, February 15, 2015

Tahun Kahwin.

Assalamualaikum.

Kahwin.

Satu topik yang mencabar bagi aku untuk dibincangkan. Kebanyakkan kawan-kawan aku masa sekolah dah kawin. Dan tahun ini adalah yang paling ramai. Dan jugak bulan Febuari ni la yang paling ramai. Dah masa 2 hari, 4 orang kawin serentak.

Adui.. Bukan tak happy diorang kawin. Tapi perasaan tengok diorang kawin tu lain macam sikit. Bila turn aku pulak hahaha.

Nak kawin tapi pengantin lelaki tak ada. Karier tak ada. Duit tak ada. Semuanya tak lengkap. So memang betullah takdir Allah ni. Dia bagi kepada sesiapa yang layak dulu. Yang kena tapis lambat-lambat sikit.

Kalau tak ada sangat, suruh mama carikan. Tapi nak yang handsome, kaya, baik budi pekerti. Haa demand!

Yang menantu ada sekarang ni semua ke laut. Tak boleh dijadikan teladan.

Susah la kan kalau memilih. Nanti dapat yang lagi teruk dari yang sedia ada ni.

Aishh harap dapat yang menghormat dan sayang kat mama abah je lah. At least!

K bye. GTG!

Friday, January 16, 2015

Kecewa

Assalamualaikum.

Sebenarnya perasaan rasa sangat kecewa dengan rakyat Malaysia.

Sekian.