Wednesday, August 17, 2016

Inspirasi.

Salam.

Sejak sambung belajar ni, sumber inspirasi nak menulis, nak melukis, semua hilang. Nak sambung menulis novel pun tak datang idea. Lama jugak termenung depan laptop dengan jari atas keyboard berlampu.

Nak melukis pun tak dapat. Jari dah keras. Mandala tak menjadi. Typography drawing pun tak sehebat dulu tapi tak de la hebat sangat pun dulu tapi masih dikira okay. Yang ni boleh praktis. Masuk sem baru kena membeli alatan drawing. Pen pun mahal weh. Adoi.

Bab menulis tu slow sikit. Sebab tak datang inspirasi. Idea dah ada dalam kepala tapi bila nak menaip je tak tahu nak taip apa.

Bila nak buat assignment pun sama jugak. Lambat nak siap dan kena bertanya orang ramai. Orang ramai pun macam nak tak nak je layan kita ni. Problem major.

Sekarang ada masa lebih kurang sebulan untu start sem baru. Ya Allah, berikanku ketabahan untuk meneruskan kehidupan.

Mungkin ada perkara penting yang aku tak buat tu hidup tak keruan. InsyaAllah akan ku kembali ke pangkal jalan.

Bye!

No comments:

Post a Comment