Thursday, August 18, 2016

Self Improvement

Salam.

Aku sedang berada dalam keadaan Restart. in less than 1 hour. Oh well, aku nak refresh diri untuk menghadapi keadaan semasa. Boring life sekarang sebab tengah cuti sem. Aku jugak dalam proses cari kerja part time, boleh la aku keje nanti start sem baru. UPTA dulu tak menjadi. Lecturer tu macam problem dengan upta, so lecturer kedua tu aku tak tunjuk muka pun. Tak tahu status macam mana.

Kau tahu bila kau resah gelisah tak tentu hala tu, kau kena kembali ke pangkal jalan. Solat. Sekarang subuh, so terus solat subuh tadi. Pengakuan, aku selalu tinggal subuh. Semoga istiqomah aku dengan solat subuh dan solat 5 waktu lain. InsyaAllah.

Mama takde, mama melancong ke Bangkok. Rindu mama, teringat pulak. Kalau mama ada, takde lah aku resah gelisah macam ni. Walaupun tak bercakap mana tapi tetap tak best kalau mama takde.

Aku nak start menulis balik. Sebab aku suka menulis. Maybe sebab aku tinggalkan apa yang aku suka buat tu yang hidup jadi tak tentu hala. Melukis kurang. I mean, doodling. Aku suka doodle, mandala aku suka. Dan master project aku pun berkenaan mandala arts. So memang patut aku kembali praktis melukis balik.

Aku nak cakap pasal travel. Antara sebab utama aku travel adalah sebab aku nak lari dari keadaan yang tak best. Geng lain travel sebab suka melancong. Aku pun tapi sebab aku adalah aku suka tinggalkan masalah dan travel untuk lupakan.

Plan banyak untuk akhir 2016 ni. Tapi mampu ke nak penuhi dengan bajet takde langsung?

K bye!

No comments:

Post a Comment